Mengenal Ibnu Sina (Avicenna)

Ibnu Sina merupakan dokter Islam yang hebat. Sumbangannya dalam bidang kedokteran bukan saja diakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh para sarjana Barat. Nama asli Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Hussian Ibnu Abdullah. Tetapi di Barat, beliau lebih dikenal sebagai Avicenna.

Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masehi. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logika, matematika, sains, fiqh, dan kedokteran.

Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk filsafat tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang kedokteran  sebagai seorang dokter ataupun mahaguru ilmu tersebut.

Ibnu Sina mula menjadi terkenal setelah behasil menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn  Nas  al-Samani  yang  gagal  diobati  oleh  dokter  yang  lain.  Kehebatan  dan kepakaran dalam bidang kedokteran tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelar al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

Kemasyhurannya meliputi wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fil Tib telah diterbitkan di Roma pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka waktu tidak sampai 100 tahun,  buku  itu  telah  dicetak  ke  dalam  15  buah  bahasa.  Pada  abad  ke-17,  buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan dasar di universitas-universitas Itali dan Perancis. Malahan hingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar kedokteran.

Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heart yang berisi teori-teori kedokteran. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menguraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengobatinya.  Hasil  tulisan  Ibnu  Sina  sebenarnya  tidak  terbatas  kepada  ilmu kedokteran  saja. Tetapi juga meliputi bidang dan ilmu lain seperti metafisika, musik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.

Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba bisa. Beliau tidak sekedar menguasainya tetapi berhasil mencapai tahap  puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang ditekuninya.

Di  samping  menjadi  pionir  dalam  bidang  kedokteran,  Ibnu  Sina  juga  menduduki ranking yang tinggi dalam bidang ilmu logika sehingga disebut guru ketiga. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang berisi hasil sastra kreatif.

Yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli filsafat yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan masalh filsafat. Pemikiran filsafat Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran filsafat al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotles. Oleh sebab itu, pandangan kedokteran Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori kedokteran Yunani khususnya Hippocrates.

Kedokteran Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah, lendir (phlegm), empedu kuning (yellow bile), dan empedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesehatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang  seimbang  dan  apabila  keseimbangan  ini  terganggu  maka  seseorang  akan menderita penyakit.

Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kuat kepada dunia kedokteran untuk mengenal pasti gejala penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan mengislamkannya.

Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api, dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembab, sejuk, panas, dan kering serta senantiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam  ini.  Ibnu  Sina  percaya  bahwa  wujud  ketahanan  berasal dari  dalam  tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh untuk mendapatkan  kesehatan dan proses penyembuhan.

Pengaruh pemikiran Yunani bukan saja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesehatan dan kedokteran, tetapi juga bidang filsafat. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematika bisa digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seperti itu pernah      dikemukakan   oleh   ahli   filsafat   Yunani   seperti   Pythagoras   untuk menguraikan mengenai suatu kejadian. Bagi Pythagoras, suatu benda mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan pemahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merusakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.

Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An- Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahwa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibagikan dengan apa- apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit dari "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan.

Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya.

Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab "Himah Ilahiyyah" dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan.

Pemikiran Ibnu Sina ini telah rnencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percobaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al'Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.

Diantara perdebatan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan  dalam  keabadian  planet  bumi,  penyangkalan  terhadap  penafian  Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di surga atau neraka.

Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan filsafat Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau bisa dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu filsafat dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak saja unggul dalam bidang kedokteran tetapi hebat juga dalam bidang filsafat mengungguli gurunya sendiri yaitu al-Farabi.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mengenal Ibnu Sina (Avicenna)"

Post a Comment